Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu kepada Kampus Induk dan Cawangan UiTM

Title

Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu kepada Kampus Induk dan Cawangan UiTM

Subject

Penambahbaikan Kemudahan Pengangkutan Kampus, Kebajikan Mahasiswa dan Kecekapan Operasi

Description



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, pagi tadi direzekikan menyempurnakan Majlis Penyerahan 14 buah bas kepada kampus induk Shah Alam serta semua kampus cawangan.

Usaha UiTM memastikan kebajikan dan keselamatan warga UiTM, khususnya mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan dengan menyediakan perkhidmatan bas yang lebih sistematik, efisien dan selesa. Ini secara langsung akan meningkatkan kecekapan pergerakan pelajar serta staf dalam menjalankan aktiviti harian di kampus.

Dengan peruntukan RM11.9 juta dan tempoh pelaksanaan selama empat bulan, projek ini memperlihatkan perancangan strategik serta kecekapan pelaksanaan yang tinggi oleh semua pihak yang terlibat.

Semoga setiap kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga UiTM dengan penuh tanggungjawab. Sama-samalah kita menjaga dan memelihara aset UiTM ini dengan sebaiknya agar terus berfungsi dengan baik untuk tempoh yang panjang demi manfaat bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih kepada KPT dan MOF atas kecaknaan kepada keperluan kewangan UiTM untuk membolehkan kita mengusahakan perolehan penggantian bas yang telah usang untuk setiap kampus cawangan UiTM.

Alhamdulillah sempat pusing kampus tadi untuk merasai sendiri keselesaan dan ciri-ciri keselamatan yang disediakan dalam setiap bas, termasuk kemudahan mengecas peranti dengan port USB dan USB-C di setiap tempat duduk. Jagalah semua kemudahan ini sebaik mungkin kerana ia adalah amanah wang awam.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Majlis Penyerahan Bas Baharu kepada Kampus Induk dan Cawangan Universiti Teknologi MARA

Format

Digital Text,JPEG Image, MP4 Video (Duration: 00mins, 48 secs)

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting ( Facebook), Event Update

Coverage

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Local URL

https://www.facebook.com/share/v/1CnQvYaDN5/

Files

Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (1).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (2).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (3).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (4).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (5).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (6).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (7).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (8).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (9).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (10).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (11).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (12).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (13).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (14).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (15).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (16).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (17).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (18).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (19).jpg
Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu (20).jpg
Majlis Serahan Bas Baharu 48secs.mp4

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Penyerahan 14 Buah Bas Baharu kepada Kampus Induk dan Cawangan UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2051.

Output Formats