Menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera Peringkat Zon Selatan di UiTM Kampus Rembau
Title
Subject
Description

Terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri atas kesudian YB DSU pagi tadi hadir di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau merasmikan Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera Peringkat Zon Selatan.
Dalam ucapan, YB DSU telah menekankan bahawa dalam usaha membina kejayaan, fokus perlu diberikan kepada bidang yang mampu dikuasai dan diusahakan sendiri. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, sebaliknya beranikan diri untuk menceburi bidang keusahawanan, asas penting dalam memperkukuh ekonomi, khususnya di peringkat perusahaan kecil dan sederhana (SME).
Beliau menyaran UiTM untuk terus memainkan peranan utama dalam membentuk dan melahirkan usahawan profesional Bumiputera yang berjaya serta terus menjadi tunjang dalam menyediakan ilmu dan bimbingan kepada generasi muda.
YB mengingatkan mahasiswa bahawa ilmu ialah kunci utama dan lakukan sesuatu yang benar-benar difahami dan dikuasai kerana kejayaan datang daripada pengetahuan, usaha dan kesungguhan.
Sepadan dengan matlamat dan moto UiTM, Usaha Takwa Mulia!
Terima kasih YB DSU kerana meluangkan masa bersama kami di UiTM serta melayan kerenah mahasiswa dan kakitangan untuk bergambar dan berselfie. Terima kasih juga kepada ADUN Kota dan Chembong serta pemimpin setempat yang turut hadir memeriahkan majlis.
Tahniah kepada Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) Negeri Sembilan, semua agensi dan jawatankuasa pelaksana yang menjayakan konvensyen ini.