Menghadiri Program Voice Out : Call to Action sebagai Platform Mendengar Suara Mahasiswa UiTM
Title
Menghadiri Program Voice Out : Call to Action sebagai Platform Mendengar Suara Mahasiswa UiTM
Subject
Penglibatan Mahasiswa, Kebajikan Pelajar dan Dialog Bersama Pengurusan Universiti
Description

Mendengar suara siswa secara langsung menerusi penganjuran Program Voice Out: Call to Action yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 yang telah diadakan di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam semalam.
Sesi ini dikendalikan dengan penuh dinamik oleh Saudara Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali, Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam selaku moderator.
Ia merupakan wadah interaktif dan terbuka tanpa sekatan kepada mahasiswa untuk menyampaikan soalan, pandangan, mengutarakan cadangan serta mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan kebajikan dan kesejahteraan pelajar secara terus kepada pihak pengurusan universiti.
Turut hadir, YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Prof. Ts. Sr. Dr. Mohd Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBrs. Prof. Ts. Dr. Azlina Idris, Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik, Encik Mohamad Hairi Ramli, Pengarah Bahagian Kewangan Pelajar & Endowmen serta barisan pengurusan kanan Hal Ehwal Pelajar.
UiTM komited dalam memastikan suara mahasiswa sentiasa didengar, diberi perhatian dan diambil tindakan untuk manfaat kepada anak-anak pelajar yang kami kasihi.
Antara perkara yang diutarakan termasuk Akta 173, Akta 174, AUKU, kebajikan pelajar dan kemudahan.
Turut dimaklumkan usaha penggantian bas dan naik taraf kemudahan kolej yang bakal siap menjelang tahun 2027 untuk kemudahan pelajar, insya-Allah.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa penganjur, MPP, semua yang hadir dan khususnya yang bertanya serta memberi pandangan. Anda berani, anda semuanya hebat!Insya-Allah, moga direzekikan untuk kita bertemu di siri yang akan datang.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Program Voice Out: Call to Action anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi), English
Type
Social Media Posting (Facebook), Event Update
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1Gaf9CZ6zN/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Program Voice Out : Call to Action sebagai Platform Mendengar Suara Mahasiswa UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2056.