Kembara KARISMA Pemimpin Muda Zon Selatan (Melaka) 2026: Platform Strategik Gilap Kepimpinan Muda IPT

Title

Kembara KARISMA Pemimpin Muda Zon Selatan (Melaka) 2026: Platform Strategik Gilap Kepimpinan Muda IPT

Subject

Program Kepimpinan Muda IPT, Inisiatif KPT dan Pengukuhan Nilai Malaysia MADANI

Description


KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026: PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT 17 April 2026 | Jasin, Melaka.

Pembangunan bakat kepimpinan muda Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berdaya tahan dan progresif sentiasa menjadi agenda utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan kecemerlangan pendidikan negara di persada global.

KPT melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah melancarkan program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 sebagai platform strategik bagi memperkukuh libat urus antara kepimpinan tertinggi kementerian dengan pensyarah serta pentadbir muda IPT.

Program yang dilaksanakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin siang tadi merupakan kesinambungan siri khas bagi Zon Selatan yang melibatkan penyertaan seramai 250 bakat kepimpinan muda daripada pelbagai IPT awam di bawah KPT merangkumi universiti awam, politeknik serta kolej komuniti di seluruh negeri Melaka.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, menegaskan bahawa inisiatif pembangunan kepimpinan asas ini dirangka secara berstruktur bagi memupuk nilai Malaysia MADANI dalam setiap lapisan tadbir urus institusi.

Beliau berkata demikian semasa sesi townhall yang menjadi kemuncak kepada program berkenaan, yang mana ia membuka ruang interaksi dua hala secara langsung antara kementerian dengan para pemimpin muda.

Sesi tersebut memberikan penjelasan mendalam berkaitan hala tuju pendidikan tinggi negara serta membincangkan peranan generasi muda dalam menghadapi landskap global yang semakin mencabar dan disruptif.

Selain townhall, pengisian utama program turut merangkumi forum bertajuk “Kepimpinan Disruptif:Pemimpin Muda IPT dan Teknologi Masa Hadapan” yang menampilkan barisan panelis berpengalaman.

Penganjuran program seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berterusan oleh KPT bagi melahirkan lebih ramai pemimpin masa hadapan yang berintegriti, berdaya saing dan berwawasan tinggi menjelang tahun 2026 dan seterusnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengarah AKEPT, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin Sahib, serta Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi

Date

Relation

Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Page Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Update

Coverage

Auditorium UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Malaysia

Files

KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (1).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (2).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (3).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (4).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (5).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (6).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (7).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (8).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (9).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (10).jpg
KEMBARA KARISMA PEMIMPIN MUDA ZON SELATAN (MELAKA) 2026 PLATFORM STRATEGIK GILAP KEPIMPINAN MUDA IPT  (11).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kembara KARISMA Pemimpin Muda Zon Selatan (Melaka) 2026: Platform Strategik Gilap Kepimpinan Muda IPT,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2055.

Output Formats