Menghadiri Malaysian Education and Learning Summit serta Pengiktirafan Leadership Excellence Award

Title

Menghadiri Malaysian Education and Learning Summit serta Pengiktirafan Leadership Excellence Award

Subject

Penyertaan Persidangan Pendidikan, Pemikiran Positif dan Pengiktirafan Kepimpinan

Description


Pagi Khamis hadir di 9th Malaysian Education and Learning Summit bertemakan Talent as Economic Infrastructure for Malaysia's AI and Digital Economy, dengan ucap tama disampaikan oleh YABhg. Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi, Chancellor, Multimedia University (MMU) dan MAHSA University, Ketua Hakim Negara Malaysia ke-12 yang berpesan keperluan untuk membentuk pelajar yang berani mencuba perkara baharu, mencabar idea dan pandangan, serta melahirkan idea dan pandangan baharu, “it’s all in the mind”. TS Idris Jusoh, Pro-Canselor UiTM juga sering menyatakan ayat “You are what you think you are....”.

Mengingatkan kami satu hadis Qudsi tentang sangkaan terhadap Allah,
قال الله تعالى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
Allah Ta‘ala berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan sekumpulan manusia, Aku mengingatinya di hadapan kumpulan yang lebih baik daripada mereka (para malaikat). Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepadanya dengan bersegera.”
(Diriwayatkan Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Perlunya sangkaan baik dan sentiasa ingat terhadap Allah SWT, juga pentingnya sangkaan baik terhadap diri sendiri dan sangkaan baik terhadap orang lain.

“It’s all in the mind” dan “You are what you think you are....” perlu dipasakkan kepada sangkaan terhadap Allah terlebih dahulu, kerana terhasil segalanya atas izin-Nya jua.

Salah seorang guru kami menyatakan semua itu atas ta‘luk Allah jua; apabila Allah mengilhamkan sangkaan kita terhadap sesuatu, maka atas taklif kitalah untuk memilih, namun semuanya tetap dalam ilmu dan takdir Allah jua.

Alhamdulillah dalam majlis tadi dianugerahkan Leadership Excellence Award yang disampaikan oleh Tun Zaki, sebagai pengiktirafan kecemerlangan untuk UiTM seluruhnya.

Tahniah juga kepada semua penerima anugerah pada majlis tadi. Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir bersama.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير ‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Penyertaan dalam 9th Malaysian Education and Learning Summit serta penerimaan anugerah oleh Naib Canselor Universiti

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Hadith & Jawi Script), English

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Update

Coverage

The Majestic Hotel, Kuala Lumpur Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18cs5e9Kx7/

Files

Malaysian Education and Learning Summit (1).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (2).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (3).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (4).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (5).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (6).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (7).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (8).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (9).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (10).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (11).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (12).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (13).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (14).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (15).jpg
Malaysian Education and Learning Summit (16).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Malaysian Education and Learning Summit serta Pengiktirafan Leadership Excellence Award,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 11, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2054.

Output Formats