Peredaran Masa dan Penghayatan Nilai dalam Bulan Syawal dan Zulkaedah

Title

Peredaran Masa dan Penghayatan Nilai dalam Bulan Syawal dan Zulkaedah

Subject

Peredaran Masa, Penghayatan Ayat al-Quran serta Persediaan Ibadah Haji

Description

Khamis, 27 Syawal 1447H. Syawal berlalu pergi, Zulkaedah menjelang datang. Semoga sahabat yang mendapat panggilan haji tahun ini bersedia menjadi tetamu Allah, serta dipermudahkan segala persiapan dan manasik haji kelak. Masa pasti berlalu, waktu pasti beredar.
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. ( Yaasin 39)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ، يَسُبُّ الدَّهْرَ، وَأَنَا الدَّهْرُ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
“Allah Ta‘ala berfirman: Anak Adam menyakiti-Ku; dia mencela masa (zaman), sedangkan Aku adalah (Pemilik/ Pengatur) masa itu; Aku yang membolak-balikkan malam dan siang.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Masa itu disukat sepertinya kuantitatif, hakikatnya ia kualitatif dan perspektif. Semoga kita semua direzekikan masa yang berkualiti dan mendapat keberkatan waktu atas izin Pemilik masa, amin.

Kredit gambar:
Balai Cerap Ulul Albab, Dr Kasim Bahali, YDP Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka.
Tahniah kepada YDP dan semua JK PFSNM yang baharu dilantik dalam muktamar baru-baru ini. Sama-sama kita semarak ilmu Falak dan sekaligus ilmu sains angkasa dan cakrawala dan memertabatkan Takwim Islam.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Perkongsian refleksi masa, ibadah haji dan ilmu falak oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Hadith, Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Educational Sharing & Self Reflection

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1ELQPWPom8/

Files

Gambar bulan Dari Bali Cerap Ulul vbg.jpg
Gambar bulan Dari Bali Cerap Ulul vbg 2.jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Peredaran Masa dan Penghayatan Nilai dalam Bulan Syawal dan Zulkaedah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2053.

Output Formats