Sembah Taklimat Projek Seramik Dari FSSR UITM : DYMM Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Berangkat ke UiTM Shah Alam
Title
Subject
Description

Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin atas perkenan bercemar duli berangkat ke UiTM Shah Alam untuk sembah taklimat Projek Seramik oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD).
DYMM Tengku Permaisuri Selangor juga berkenan berangkat ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) dan Dewan Orkestra Seri Budiman.
Terima kasih kepada semua ahli Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang hadir, Dekan dan warga Art & Design AD serta Dekan Muzik!
Insya-Allah, UiTM akan menggerakkan kepakaran bagi menyokong ekosistem pembuatan seramik tempatan, khususnya di Selangor, dengan melahirkan kepakaran dan usahawan dalam bidang seramik.
Istilah yang sudah dilupakan… Pakar Seramik… itu asalnya Pandai Tanah atau Pandai Gerabah… seperti juga istilah Pandai Besi yang ahlinya berbeza daripada Tukang Besi…