Istiadat Konvokesyen Ke-104 Universiti Teknologi MARA Sidang Keempat bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Title

Istiadat Konvokesyen Ke-104 Universiti Teknologi MARA Sidang Keempat bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Subject

Istiadat Konvokesyen Ke-104 Universiti Teknologi MARA, Tengku Permaisuri Selangor, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Graduan Universiti Teknologi MARA, Kecemerlangan Akademik

Description



Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin atas perkenan berangkat ke Sidang Keempat, Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-104 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Graduan: Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Jumlah graduan: 879

Dalam titah ucapan, Baginda menyifatkan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan merupakan salah satu entiti besar yang menyumbang kepada kesinambungan serta kecemerlangan Universiti Teknologi MARA.

Fakulti tersebut terus menunjukkan kecemerlangan apabila bidang Pengajian Perniagaan dan Pengurusan disenaraikan dalam kelompok 450 terbaik dunia menerusi QS World University Rankings by Subject 2026.

Titah Baginda, pencapaian ini mencerminkan kualiti program akademik yang ditawarkan serta kesediaan fakulti dalam memenuhi keperluan industri global yang semakin berkembang.

Baginda turut berpesan kepada seluruh graduan Universiti Teknologi MARA bahawa setiap cabaran ialah peluang dan setiap kegagalan ialah pengajaran. Jadikan hari ini sebagai titik tolak untuk meneruskan perjalanan menuju kecemerlangan yang lebih gemilang.

“Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”, sudah tentu setiap kejayaan menuntut usaha, amanah dan tanggungjawab yang berterusan.

Menjunjung Kasih Tuanku 

Selangor Royal Office

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan Istiadat Konvokesyen Ke-104 Universiti Teknologi MARA Sidang Keempat yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor selaku Pro-Canselor serta pengiktirafan terhadap kecemerlangan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan pencapaian graduan Universiti Teknologi MARA

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Convocation Ceremony Update

Coverage

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC),Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18hWTHcw5P/

Files

Sidang 4 Konvo 104 UiTM (1).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (2).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (3).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (4).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (5).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (6).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (7).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (8).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (9).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (10).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (11).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (12).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (13).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (14).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (15).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (16).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (17).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (18).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (19).jpg
Sidang 4 Konvo 104 UiTM (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Istiadat Konvokesyen Ke-104 Universiti Teknologi MARA Sidang Keempat bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2128.

Output Formats