Perkongsian Hantaran : Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan
Title
Perkongsian Hantaran : Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan
Subject
Kepimpinan Muda, Adab Ikhtilaf dan Pendekatan Baharu Pendidikan Tinggi
Description
Perkongsian Hantaran:


Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 diteruskan lagi. Kali ini di Zon Selatan yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin, saya bersama lebih 250 orang pensyarah dan pentadbir muda daripada UiTM dan Politeknik sekitar Negeri Melaka.
Dunia hari ini semakin mencabar. Saya tekankan bahawa kepimpinan bukan sekadar soal jawatan atau kedudukan, tetapi soal nilai, adab dan tanggungjawab dalam mengurus perbezaan.
Dalam dunia akademik hari ini, kita tidak boleh terperangkap dengan sikap merasakan diri paling benar atau paling hebat dalam bidang masing-masing. Apa yang lebih penting ialah “intellectual humility” iaitu sifat rendah diri dalam ilmu, menghormati pandangan orang lain walaupun berbeza.
Inilah yang disebut sebagai adabul ikhtilaf iaitu adab dalam berbeza pendapat. Kita digalakkan untuk bersuara dan memberi pandangan, tetapi dengan niat untuk memperbaiki, bukan menjatuhkan.
Saya juga berkongsi bahawa masa depan pendidikan tinggi menuntut pendekatan baharu yang lebih terbuka dan merentas disiplin. Dunia hari ini tidak lagi melihat kehebatan seseorang hanya dalam satu bidang semata-mata, tetapi pada keupayaan menghubungkan ilmu dengan keperluan masyarakat.
Pengalaman negara seperti Jepun melalui model pendidikan teknikal mereka menunjukkan bahawa matlamat akhir bukan sekadar melahirkan pakar, tetapi individu yang berperanan sebagai “social doctor” menggunakan ilmu untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
Kepada semua pemimpin muda dan pelajar, saya berpesan bahawa hidup ini adalah proses pembelajaran yang berterusan. Kita tidak tahu siapa dalam kalangan kita hari ini yang akan memimpin negara pada masa hadapan.
Yang penting, jadilah pemimpin yang berilmu, berakhlak dan sentiasa merendah diri dalam setiap langkah.
Sebelum itu sempat saya bersarapan bersama dengan pemimpin pelajar UiTM Jasin dan bersembang-sembang dengan mereka.
Terima kasih kepada Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) atas penganjuran program ini.
Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli, ADUN Merlimau, YB Datuk Akmal Salleh, ADUN Sungai Rambai, YB Siti Faizah, pengurusan tertinggi KPT, UiTM, UTeM yang turut hadir bersama program ini.
Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli, ADUN Merlimau, YB Datuk Akmal Salleh, ADUN Sungai Rambai, YB Siti Faizah, pengurusan tertinggi KPT, UiTM, UTeM yang turut hadir bersama program ini.
Siri KARISMA seterusnya akan diteruskan ke IPT yang lain selepas ini.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir
Date
Relation
Perkongsian semula Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook), Event Update Repost
Coverage
Jasin, Melaka, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1a3aRwiyqH/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2057.