Makluman Insiden Melibatkan Dua Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam
Title
Subject
Description

Dimaklumkan bahawa dua orang pensyarah, Dr. Nur Shahidah binti Ab Aziz dan Dr. Shareena Fairuz binti Abdul Manaf dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam telah ditimpa musibah pada tengah hari ini, 16 Februari 2026, apabila kenderaan yang dinaiki mereka telah ditimpa oleh sebatang pokok tumbang di hadapan Apartment Baiduri, Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam.
Makluman awal dari Fakulti Kejuruteraan Kimia pada jam 2.20 petang tadi, kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam.
Sehubungan itu, mohon sama-sama kita mendoakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan buat kedua-dua pensyarah tersebut.
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير