Hari Integriti dan Kepimpinan SPRM–UiTM INSPIRA 2025

Title

Hari Integriti dan Kepimpinan SPRM–UiTM INSPIRA 2025

Subject

Integriti, Antirasuah, Kepimpinan, SPRM, Fakulti Perakaunan UiTM

Description



Pagi tadi menghadiri majlis SPRM–UiTM INSPIRA 2025: Hari Integriti & Kepimpinan anjuran Fakulti Perakaunan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di DK500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Inisiatif fakulti ini bertujuan memperkukuh budaya integriti serta meningkatkan kesedaran antirasuah dalam kalangan warganya.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri KPj Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM merangkap Profesor Adjung UiTM.

Kemuncak program menyaksikan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga Fakulti Perakaunan yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Norli Ali, menzahirkan komitmen fakulti terhadap integriti dan akauntabiliti.

Tan Sri Azam turut menyampaikan Leadership Talk bertajuk “Inspirasi Integriti Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM”, yang memberikan pencerahan penting mengenai cabaran integriti dalam profesion dan perkhidmatan awam.

Program ini mengukuhkan peranan UiTM sebagai institusi yang tegas memupuk nilai integriti serta melahirkan graduan yang beretika dan bertanggungjawab.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Contributor

Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Prof. Dr. Norli Ali, Dekan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA

Relation

Program SPRM–UiTM INSPIRA 2025: Hari Integriti & Kepimpinan

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Anti - corruption lecture

Coverage

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Lz1474Ho8/

Files

Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (1).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (2).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (3).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (4).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (5).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (6).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (7).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (8).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (9).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (10).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (11).jpg
Syarah Tan Sri Hj Azam Baki (12).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Hari Integriti dan Kepimpinan SPRM–UiTM INSPIRA 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1838.

Output Formats