Salam Nuzul al-Quran 17 Ramadan 1447 Hijrah
Title
Salam Nuzul al-Quran 17 Ramadan 1447 Hijrah
Subject
Nuzul al-Quran, Penghayatan al-Quran, Tilawah, Amalan Ramadan, Panduan Kehidupan Islam
Description

Nuzul al-Quran mengingatkan kita tentang turunnya cahaya petunjuk yang menerangi kehidupan manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam setiap langkah kehidupan. Di dalamnya terkandung panduan yang menenangkan jiwa, meluruskan akhlak dan memimpin manusia ke jalan yang benar.
Sabda Rasulullah SAW:
“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Muslim)
Semoga pada Ramadan yang penuh keberkatan ini, hati kita semakin dekat dengan al-Quran, lidah kita semakin basah dengan tilawah, dan kehidupan kita semakin dipandu oleh wahyu Ilahi.
Salam Nuzul al-Quran 1447H.
Hayatilah al-Quran, kerana di situlah cahaya kehidupan.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Date
Relation
Sambutan Nuzul al-Quran dalam bulan Ramadan
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting, Greeting Message
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/18AvGCyPhi/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Salam Nuzul al-Quran 17 Ramadan 1447 Hijrah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/1981.