Berbuka dan Solat Berjemaah Bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi di Bulan Ramadan
Title
Berbuka dan Solat Berjemaah Bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi di Bulan Ramadan
Subject
Solat Berjemaah, Tazkirah Ramadan, Amanat Menteri Pendidikan Tinggi, Pembudayaan Ilmu, Aktiviti Kebajikan Kementerian Pendidikan Tinggi
Description

Alhamdulillah, semalam direzkikan berbuka dan solat berjamaah bersama YBM Kementerian Pendidikan Tinggi PT DS Zambry Abd. Kadir dan warga kerja Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
enteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan amanat kepada warga kementerian dengan menyeru agar seluruh warga kementerian terus memperkukuh komitmen dan dedikasi dalam memacu agenda pendidikan tinggi negara serta menekankan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan ‘Akal Budi Nusa’ yang menjadi nadi pemikiran negara dalam memartabatkan tradisi ilmu serta membina masyarakat berpengetahuan melalui pengukuhan budaya ilmu dalam organisasi.
Beliau turut mengingatkan bahawa pembudayaan ilmu perlu dijadikan amalan berterusan dalam kalangan warga kementerian melalui pelbagai program intelektual seperti sesi telaah atau bedah buku bagi menghidupkan kembali tradisi keilmuan dalam organisasi.
Hadir sama Ketua Setiausaha, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ketua Pengarah Pendidikan, Naib-Naib Canselor, keluarga besar Kementerian Pendidikan Tinggi, rakan-rakan daripada agensi di bawah kementerian, serta para pelajar dan rakan-rakan media.
Profesor Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menyampaikan tazkirah Ramadan dan turut mengimami solat berjemaah di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Menteri Pendidikan Tinggi turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada tiga puluh penerima dalam kalangan warga kementerian yang terdiri daripada kategori ibu tunggal, bapa tunggal, golongan asnaf, orang kurang upaya serta pesakit kronik.
Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atas jemputan. Semoga keberkatan Ramadan mempererat ukhuwah dan silaturrahim serta menyemai nilai keutuhan dalam seluruh keluarga besar kementerian, insya-Allah.
Sempat menyantuni rakan-rakan Naib Canselor universiti awam, alhamdulillah.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Majlis berbuka puasa, solat berjemaah dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Kementerian Pendidikan Tinggi
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic
Type
Social Media Posting ( Facebook), Activity Update
Coverage
Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/18YNyj4t7s/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Berbuka dan Solat Berjemaah Bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi di Bulan Ramadan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 27, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1980.