Perekongsian Artikel : UiTM Meterai Memorandum Persefahaman Bersama Industri Sukan, Perluas Kerjasama Strategik

Title

Perekongsian Artikel : UiTM Meterai Memorandum Persefahaman Bersama Industri Sukan, Perluas Kerjasama Strategik

Subject

Kerjasama Strategik Industri Sukan, Pembangunan Mahasiswa dan Kebolehpasaran Graduan

Description

Perkongsian Artikel Berita Dari Shah Alam Times : 

" Shah Alam : Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperkasa kerjasama strategik apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Todak Holdings, Proxima Beta dan Sport Diving Association Malaysia (SDAM) dalam usaha memperkukuh pembangunan pelajar serta memperluas jaringan industri.

Kerjasama yang dijalinkan ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam membuka peluang yang luas, khususnya kepada mahasiswa UiTM untuk menceburi bidang e-sukan, teknologi digital serta sukan profesional.

Pertukaran dokumen MoU ini disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan pada Majlis Anugerah Sukan (MAS) UiTM 2025 dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara UiTM dan industri sukan di Dewan Agung Tuanku Canselor, di sini.

“Jaguh sejati sebenar adalah seorang yang mampu mengekalkan keseimbangan dalam akademik dan penglibatan dalam acara sukan. UiTM juga telah melahirkan ramai tokoh cemerlang dalam pelbagai bidang,” kata Ahmad Maslan dalam ucapan. 

Turut hadir, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin mewakili pihak UiTM dan Pengarah Urusan Proxima Beta, Vincent Wang, Timbalan Presiden Todak Holdings, Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri serta Presiden Kehormat SDAM, Muhammad Fikri Khalid mewakili pihak industri sukan.

Menurut Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin, kolaborasi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa terhadap dunia industri sebenar selain meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Beliau juga menegaskan bahawa kejayaan ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan padu daripada pelbagai pihak di UiTM.

“Malam ini kita bukan berkumpul untuk meraikan kemenangan tetapi untuk mengiktiraf keringat dan jiwa atlet UiTM yang telah mengharumkan nama universiti keramat ini,” kata Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin.

Sementara itu, pihak Proxima Beta dan Todak Holdings menyatakan komitmen mereka dalam menyokong pembangunan bakat-bakat muda khususnya dalam industri e-sukan yang kian berkembang pesat di Malaysia.

Sempena MoU ini, pihak Proxima Beta juga sedang merancang untuk mengadakan pertandingan e-sukan seperti permainan PUBG Mobile bersama pihak UiTM.

Dalam masa yang sama, penglibatan SDAM membuka ruang kepada mahasiswa untuk meneroka bidang sukan alternatif seperti selam skuba secara lebih profesional.

Majlis ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri sukan pada masa akan datang.

Source

Web Page : Shah Alam Times

Date

Relation

Majlis Anugerah Sukan (MAS) UiTM 2025 dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UiTM dan Industri Sukan

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), News Article, Media Coverage

Coverage

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/14YJyD6ymwS/

Files

anugerahsukan1.jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perekongsian Artikel : UiTM Meterai Memorandum Persefahaman Bersama Industri Sukan, Perluas Kerjasama Strategik,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 14, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2048.

Output Formats