Lawatan Tapak Program Kampung Angkat MADANI (KAM) UiTM di Kampung Sijangkang

Title

Lawatan Tapak Program Kampung Angkat MADANI (KAM) UiTM di Kampung Sijangkang

Subject

Program Kampung Angkat MADANI (KAM), Kampung Sijangkang, Ekonomi MADANI, Pembangunan komuniti, Kolaborasi strategik

Description



Pagi Ahad, 4 Ramadan, meninjau tapak pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi tahun 2026.

Alhamdulillah, UiTM telah diberikan peruntukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi membangunkan Kampung Sijangkang sebagai Kampung Angkat MADANI UiTM. Inisiatif ini selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan kemudahan asas, pemerkasaan komuniti serta pembangunan sosial yang inklusif dan mampan.

Kampung Sijangkang telah diwakili YBhg. Datuk Zurihan bin Yusop, Penyelaras DUN N51 Sijangkang, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sijangkang, Encik Razali bin Abas, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sijangkang, dan Encik Fuad bin Mohd Munawir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Kampung Sijangkang.

Terima kasih kepada YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, TNC ICAN, serta YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Hafsyah Idris, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (CNC), atas komitmen dan usaha gigih dalam menyelaras serta merealisasikan pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada Dekan Pergigian, Dekan FKE, Dekan FSSR, TD Fakulti Alam Bina dan semua yang hadir bersama.

Beberapa keperluan kritikal telah dikenal pasti untuk diterajui oleh kepakaran multidisiplin daripada pelbagai fakulti dengan beberapa projek, antaranya:
i. Transformasi prasarana komuniti, melibatkan penaiktarafan estetika dewan, pembinaan trek riadah di padang awam khususnya untuk warga emas, serta pembangunan galeri rekreasi.
ii. Modenisasi sistem elektrikal dan teknologi, termasuk pemasangan sistem elektrikal tiga fasa, penambahbaikan pencahayaan gelanggang serta pelaksanaan projek Smart Techno-Farming berasaskan teknologi Internet of Things (IoT).
iii. Perkhidmatan Klinik Pergigian Bergerak bagi meningkatkan akses penjagaan kesihatan komuniti setempat, dan
iv. Pembangunan bakat sukan serta pengurusan fasiliti belia sebagai usaha memperkasa generasi muda melalui aktiviti sihat dan pembangunan kepimpinan komuniti.

Sehubungan itu, lawatan tapak pada hari ini yang melibatkan Dewan Harmoni dan Padang Awam amat penting bagi memastikan setiap skop pelaksanaan yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan sebenar lebih daripada 44,000 penduduk di kawasan ini.

Kolaborasi strategik antara UiTM dan kepimpinan tempatan akan terus diperkukuh agar keseluruhan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan disiapkan sepenuhnya sebelum 31 Disember 2026, insya-Allah.

Terima kasih juga Tok Ketua kaitkan buah asam Jawa dan ada juga yang minat ambik Kekabu tadi, rezeki jumpa sahabat lama Saudara Mohd Yazid Abd Manaf, Mantan Pengurus Besar TM Negeri Terengganu, beiau juga Alumni SUNY/KPP, ITM, kami sama berkhidmat sewaktu di Institut Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ITTM, Telekom Malaysia yang kemudian menjadi Universiti Telekom, syarikat yang kini memiliki MMU.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Program Kampung Angkat MADANI (KAM), Kementerian Kewangan Malaysia

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic(Jawi), English

Type

Social Media Posting (Facebook),Event Coverage

Coverage

Kampung Sijangkang, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1GfcK9xGRV/

Files

Lawatan Kg Madani (1).jpg
Lawatan Kg Madani (2).jpg
Lawatan Kg Madani (3).jpg
Lawatan Kg Madani (4).jpg
Lawatan Kg Madani (5).jpg
Lawatan Kg Madani (6).jpg
Lawatan Kg Madani (7).jpg
Lawatan Kg Madani (8).jpg
Lawatan Kg Madani (9).jpg
Lawatan Kg Madani (10).jpg
Lawatan Kg Madani (11).jpg
Lawatan Kg Madani (12).jpg
Lawatan Kg Madani (13).jpg
Lawatan Kg Madani (14).jpg
Lawatan Kg Madani (15).jpg
Lawatan Kg Madani (16).jpg
Lawatan Kg Madani (17).jpg
Lawatan Kg Madani (18).jpg
Lawatan Kg Madani (18).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Lawatan Tapak Program Kampung Angkat MADANI (KAM) UiTM di Kampung Sijangkang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1963.

Output Formats