Ucapan Takziah Atas Pemergian Mantan Mufti Melaka
Title
Subject
Description
Hari ini, 5 Syawal, dengan dukacita dimaklumkan bahawa guru kami, Almarhum Datuk Wira Abdul Rashid Redza Mohd Saleh Al-Azhari telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi. Allahyarham merupakan mantan Mufti Melaka serta mantan Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka.
Penulis mengenali arwah sejak mula bertugas di Melaka pada tahun 1996, termasuk bersama-sama menjadi tetamu Radio Malaysia Melaka (Melaka FM) bersama DJ Zahari. Turut terlibat membantu arwah membangunkan Kompleks Balai Cerap Al-Khawarizmi, Projek e-Masjid Negeri Melaka serta sistem komputer pengurusan zakat Negeri Melaka. Di bawah kepimpinan arwah, pelbagai urusan berkaitan Islam di Negeri Melaka telah dipertingkatkan. Alhamdulillah.
Pelbagai ilmu telah ditimba daripada arwah. Seperti kebiasaan guru, setiap persoalan yang diajukan akan diberikan penjelasan tambahan yang tidak terdapat dalam kitab.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَه، وَارْحَمْـه، وَعَافِه، وَاعْفُ عَنْـه
الفاتحة
Perasaan berduka dan sayu dirasai, namun pada masa yang sama bersyukur kerana berpeluang berkhidmat kepada arwah sehingga ke penghantaran terakhir.
Turut berkesempatan bertemu sahabat-sahabat lama, antaranya Datuk Wira Abdul Halim Tawil yang mengimamkan solat jenazah, Datuk Haji Muhammad bin Hashim Al-Hafiz, Imam Besar Masjid Al-Azim, Datuk Rahimin Bani, Tuan Haji Ismail (mantan PZM), Datuk Dr. Mizan bin Hitam (ahli MAIM) serta sahabat-sahabat Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka.
Ucapan terima kasih kepada TYT Tun Ali yang turut berziarah, menunaikan solat jenazah dan mengiringi ke tanah perkuburan.
Takziah diucapkan kepada Datin Wira Cikgu Zoriah serta seluruh ahli keluarga. Semoga Allah mengampunkan arwah dan menempatkan beliau dalam kalangan orang soleh. Aamiin .
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️