Istiqamah dalam Riadah dan Ibadah: Refleksi Kesihatan, Konsistensi Amalan dan Persediaan Ramadan

Title

Istiqamah dalam Riadah dan Ibadah: Refleksi Kesihatan, Konsistensi Amalan dan Persediaan Ramadan

Subject

Riadah dan Senaman; Kesihatan Fizikal, Istiqamah, Amalan Berterusan, Persediaan Ramadan, Bulan Rejab dan Sya’ban, Hadis Nabi SAW, Doa dan Zikir, Kesejahteraan Jasmani dan Rohani, Nilai Kerohanian Islam

Description



Alhamdulillah, pagi tadi direzekikan beriadah mingguan dengan cuaca yang sangat mendamaikan, hari ini dapat kayuh 60 km, minggu lepas hanya 35 km kerana perlu bersegera menziarahi sahabat kami…

Sering kita diingat tentang pentingnya istiqamah dan amalan yang berterusan secara konsisten, tapi, bak kata orang putih, easier said than done. Moga Allah rezekikan kita untuk terus beramal dengan konsisten berbaki di hujung Rejab menjelang Sya’ban dan persediaan untuk Ramadan tiba.

َحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan, walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hinggakan Nabi SAW pesan, walaupun tidak sempurna, buat tetap kena buat, guru-guru kami juga selalu berpesan, tak boleh buat semua, jangan tinggal semua….

‎اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا
“Beristiqamahlah kamu, walaupun kamu tidak mampu melakukan semuanya dengan sempurna.”
(Riwayat Muslim)

Semoga Allah merezekikan kita terus mengingati-Nya dan beramal soleh…

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.”
(Riwayat Abu Dawud dan al-Nasa’i)

Riadah dan senaman kita hanya usaha, Allah jua yang merezekikan keafiatan dan kesihatan.

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ
“Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, ya Allah sihatkanlah pendengaranku, ya Allah sihatkanlah penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau.”
(Riwayat Abu Dawud)

Allāhumma amin

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Istiqamah & Amalan Berterusan, Riadah & Kesihatan, Persediaan Ramadan, References, Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Nasa’i

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Quran Verse & Jawi), English

Type

Social Media Post (Facebook), Personal Reflection

Coverage

Shah Alam, Selangor

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EQxkLSXfK/

Files

Shah Alam Biking Session (1).jpg
Shah Alam Biking Session (2).jpg
Shah Alam Biking Session (3).jpg
Shah Alam Biking Session (4).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Istiqamah dalam Riadah dan Ibadah: Refleksi Kesihatan, Konsistensi Amalan dan Persediaan Ramadan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1885.

Output Formats