Menerima Kunjungan Presiden MITASA dan Perbincangan Hal Ehwal Kakitangan Akademik UiTM

Title

Menerima Kunjungan Presiden MITASA dan Perbincangan Hal Ehwal Kakitangan Akademik UiTM

Subject

MITASA, Kakitangan Akademik UiTM, Kesatuan Kakitangan Akademik, Hubungan Pengurusan dan Kesatuan, Majlis Bersama Jabatan

Description

Minggu lalu, menerima kunjungan Presiden MITASA, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli di pejabat.
Sempat berbual sewaktu beliau di USM, waktu itu kami sudahpun kembali sebagai pensyarah muda, berkongsi kenalan dan pengalaman sebelum berbincang hal-hal kakitangan Akademik yang masih belum diselesaikan oleh MBJ.

Alhamdulillah, kita usahakan bersama suasana harmoni antara pengurusan dan semua kesatuan dan persatuan di UiTM termasuk MITASA bagi menyelesaikan semua perkara khususnya perihal perkhidmatan. Walaupun tidak serta merta, Alhamdulillah kita telah merungkai sedikit demi sedikit isu-isu yang dibawa.

Semoga ukhwah dan semangat kebersamaan ini dapat terus ditingkatkan di semua peringkat dan kampus. Antara yang kami bincangkan, keperluan “mini MBJ” di setiap kampus tanpa perlu membawa isu peringkat kampus ke Shah Alam untuk diselesaikan. InsyaAllah kita akan terus komited untuk menyediakan suasana bekerja yang lebih sihat dan inklusif.

Kesatuan dan Persatuan adalah badan semak dan imbang yang penting, yang perlu didengar, saling menghormati bagi memastikan Universiti keramat ini kekal pada tapak asalnya melangkaui kerelevanan dimasa hadapan.

Terima kasih Tuan Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM - MITASA sudi bertandang.

 

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran Berkaitan kunjungan Presiden MITASA serta perbincangan mengenai hal ehwal perkhidmatan kakitangan akademik

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Staff Engagement, Institutional Management, Employee Relations, Academic Staff

Coverage

Univesiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19VrT2NLpY/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menerima Kunjungan Presiden MITASA dan Perbincangan Hal Ehwal Kakitangan Akademik UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2277.

Output Formats