Ucapan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarhamah Hajjah Normah binti Abdullah, Mantan Pensyarah Kanan Bidang Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam
Title
Ucapan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarhamah Hajjah Normah binti Abdullah, Mantan Pensyarah Kanan Bidang Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam
Subject
Ucapan Takziah, Allahyarhamah Hajjah Normah binti Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Universiti Malaya (UM), Hospital Sungai Buloh dan Fakulti Alam Bina, UiTM
Description

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah Hajjah Normah binti Abdullah, Mantan Pensyarah Kanan Bidang Sains Ukur & Geomatik, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
"Di masa hidupnya mendidik anak bangsa,di akhir nafasnya tetap menabur jasa"
Satu penghormatan buat seorang wanita yang sungguh luar biasa, Allahyarhamah Puan Hajjah Normah. Komitmen mulia beliau yang telah berikrar sebagai penderma organ akhirnya ditunaikan dengan penuh amanah oleh anak-anak tercinta, selepas beliau diisytiharkan mengalami kematian otak.
Pada 21 Jun 2026, hasrat murni ini terlaksana. Melalui anugerah kehidupan ini, organ dan tisu yang didermakan bakal menyelamatkan dan mengubah hidup sekurang-kurangnya 5 orang pesakit.
Kes pemerolehan ini turut melakar sejarah baharu dalam kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kami amat berbesar hati dapat berganding bahu bersama Pasukan Pembedahan Hepatobiliari dari Universiti Malaya (UM) yang turun padang demi menjayakan usaha murni ini.
Kepada seluruh ahli keluarga penderma, jutaan terima kasih atas kurniaan yang tidak ternilai ini.
Semoga segala budi, jasa, dan pengorbanan arwah diangkat darjatnya di sisi pencipta. Beliau telah memberi sinar baharu ketika di jemput kembali ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bersemadi dengan tenang di sana.
Al-Fatihah buat Puan Hajjah Normah (12.1.1954 - 20.6.2026)
Bagi menghargai komitmen tinggi semua yang menjayakan prosiding ini, sekalung penghargaan diucapkan kepada:
- Pasukan Bedah Hepatobiliari (UM): Diketuai oleh Prof. Koh Peng Soon
- Pasukan Bedah Urologi: Diketuai oleh Mr. Mohd Najib Aziz
- Pasukan Bedah Plastik: Diketuai oleh Mr. Law Teck Ree
- Pasukan Bedah Oftalmologi: Diketuai oleh Dr. Chandra
- Pusat Sumber Transplan Nasional: Diwakili oleh Dr. Rabiatul
- Unit Derma Organ dan Tisu Hospital Sungai Buloh: Diketuai oleh Dr. Natasha
Nota Kaki: Gambar yang disiarkan telah mendapat keizinan dari waris allahyarhamah.
Sumber Fakulti Alam Bina - FAB Universiti Teknologi MARA & Hospital Sungai Buloh Selangor
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Date
Relation
Berkaitan ucapan penghargaan kepada Allahyarhamah Hajjah Normah binti Abdullah atas jasa beliau sebagai pendidik dan penderma organ
Format
Digital Text, PNG Files
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook), Institutional Commemorative Post
Coverage
Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1D4S5cBiAV/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Ucapan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarhamah Hajjah Normah binti Abdullah, Mantan Pensyarah Kanan Bidang Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2223.