Hari Ini di Parlimen : Tunggu Sedia Di Parlimen Membantu Menyediakan Jawapan Perbahasan LKAN berkaitan KPT Khususnya UiTM Bersama Rakan-Rakan VC Yang Lain
Title
Hari Ini di Parlimen : Tunggu Sedia Di Parlimen Membantu Menyediakan Jawapan Perbahasan LKAN berkaitan KPT Khususnya UiTM Bersama Rakan-Rakan VC Yang Lain
Description

Hari ini dimohon tunggu sedia di Parlimen membantu menyedia jawapan perbahasan LKAN berkaitan KPT khususnya UiTM bersama rakan-rakan VC lain.
Selesai draf jawapan, sempat membawa lebih macam mendera sahabat saya, Naib Canselor USIM yang pertama kali ke Parlimen dari sejak beliau menjadi VC ke sekitar ruang dalam Parlimen, walk about hilangkan stress.
Alhamdulillah terserempak ramai juga, YB Shah Alam, YB Azli Yusof, YB DS Mantan Menteri KPT, YB Dato' Dr. Noraini Ahmad, kedua-dua YB Alumni UiTM, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Agama, jumpa juga Mantan VC UTM, Group CEO PRIMA, YBhg Datuk Seri Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff sahabat lama.
Alhamdulillah lewat petang, hadir di Dewan ketika YBM KPT, YB DSD Dr Zambry Abd. Kadir membuat penggulungan kementerian, mantap jawapan YBM terhadap persoalan yang dibangkitkan sewaktu perbahasan. Tahniah YBM!
Sedari pagi brief YBTM, memberi penerangan, naratif dan senario yang berlaku, YBM tiba ke Parlimen terus ke Dewan setelah meneliti draf yang disediakan, terus membuat rumusan, betul-betul macam hero yang muncul menjadi penyelamat… kami sebelum itu masih tertanya-tanya siapa yang akan gulung.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku
Date
Language
Malay, English
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/169HKb1EVT/
Collection
Citation
“Hari Ini di Parlimen : Tunggu Sedia Di Parlimen Membantu Menyediakan Jawapan Perbahasan LKAN berkaitan KPT Khususnya UiTM Bersama Rakan-Rakan VC Yang Lain,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 10, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1037.