Yang di-Pertuan Agong Zahir Penghargaan Sempena Hari Tentera Darat ke-92

Title

Yang di-Pertuan Agong Zahir Penghargaan Sempena Hari Tentera Darat ke-92

Description



YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-92

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat, para veteran serta mereka yang pernah berkhidmat.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada anggota Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Source

Official Facebook Page Of : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/192Rvp3sg2/

Files

481734589_18468918004067698_9073437991934450111_n.jpg

Collection

Citation

“Yang di-Pertuan Agong Zahir Penghargaan Sempena Hari Tentera Darat ke-92,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 13, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1040.

Output Formats