Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan iCEPS Tahun 2023
Title
Description
Alhamdulillah, semalam, pagi Jumaat, telah berlangsung Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan iCEPS Tahun 2023 kepada Rektor Cawangan, PNC, dan Dekan-Dekan dengan keseluruhan agihan sebanyak RM 3.8 juta. Walaupun peratusan penjanaan UiTM rendah tetapi kitalah yang menjana terbanyak dan ia masih mencatat kurangan dalam penyata kewangan, insyaAllah usaha akan digiatkan lagi.
Tahniah diucapkan kepada Ketua Eksekutif iCEPS, Profesor Dr. Faizah Abd Majid, dan seluruh warga iCEPS atas penganjuran ini.
Kami berkongsi usaha baharu ke arah penjanaan yang mampan. Penumpuan akan terarah kepada iCEPS, yang memerlukan komitmen dan kebersamaan oleh semua Kampus, Kolej, dan Fakulti.
Beringatlah perihal “about we not me”. Hati Gajah sama dilapah, Hati Kuman sama dicecah, Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing.
هاتي ڬاجه سام دلاڤه، هاتي كومن سام دچچه، برت سام دڤيكول، ريڠن سام دجينجيڠ.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️