Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor
Title
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor
Description

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang petang semalam.
Ramai Kenamaan & VVIP yang diundang, juga ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri, turut diundang sahabat kami, Pengerusi dan NC UPM. Selesai berbuka kami menunaikan solat Maghrib, diikuti dengan Jamuan, Solat Isyak, Solat Terawih dan Moreh.
Selepas solat terawih sempat bersalam dan bertemu pegawai-pegawai agama bertugas, rupa-rupanya dua daripadanya adalah anak-anak UiTM.
Sdr Muhammad Eiman Hakim yang menjadi muazzin semasa solat terawih mengambil jurusan muamalat dalam ijazah sarjana muda di UiTM, manakala Sdr Amir Fauzul Ilham merupakan mahasiswa UiTM jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
Kedua-dua merupakan alumni pelajar Tahfiz Istana Alam Shah tajaan Sultan Selangor.
Alhamdulillah. Anak didik dan Alumni UiTM memberi impak dimana saja mereka berada.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/181bhUjmLD/
Collection
Citation
“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1119.