Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor di Masjid Istana Diraja, Klang

Title

Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor di Masjid Istana Diraja, Klang

Description



Alhamdulillah, direzkikan berbuka di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang sekali lagi hari ini. Kali ini, Iftar bersama Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor, diurusetiakan oleh Selangor Youth Community (SAY) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS). Menjunjung kasih atas undangan DYTM Raja Muda Selangor.

Rezeki bertemu sahabat lama, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian bin Syed Junid, Pengerusi Kumpulan Media Prima, disamping membuat jaringan dengan rakan-rakan baharu. Majlis bermula dengan solat Asar berjamaah, diikuti dengan tazkirah berkaitan waqaf sebelum Majlis Iftar Jamaie. Sempat menyempurnakan Tarawih dan menikmati juadah moreh, Alhamdulillah.

U-DServeD UiTM banyak bekerjasama dengan SAY dan YRMS dalam melaksanakan kerja kebajikan untuk masyarakat kelainan upaya. Tahniah!

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/165LAaKRC8/

Files

VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (1).jpg
VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (2).jpg
VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (3).jpg
VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (4).jpg
VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (5).jpg
VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (6).jpg
VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (7).jpg
VC Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor (8).jpg

Collection

Citation

“Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Selangor di Masjid Istana Diraja, Klang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 17, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1120.

Output Formats