Program Sentuhan Kasih Ramadan UiTM bersama Kariah Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam
Title
Program Sentuhan Kasih Ramadan UiTM bersama Kariah Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam
Description

Alhamdulillah semalam menyantuni masyarakat setempat, UiTM mengakar ke bumi.
Program Sentuhan Kasih Ramadan UiTM bersama Kariah Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam diadakan memfokuskan kepada program kemasyarakatan berteraskan konsep permuafakatan di antara UiTM bersama komuniti.
Edaran bubur lambuk Program Sentuhan Kasih Ramadan UiTM bersama Komuniti di Pintu 1, UiTM Shah Alam oleh Prof. Madya Dr. Azri Bhari yang juga Pengerusi Surau At-Taqwa dan warga Pejabat Komunikasi Strategik.
Edaran bubur lambuk juga dibuat secara pandu lalu oleh TNC ICAN bersama Komuniti di sekitar Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam.
Program diteruskan dengan Forum Ihya Ramadan antara aktiviti lain yang dianjurkan selain sesi serahan sumbangan kepada asnaf, anak yatim dan ibu tunggal dengan pendanaan oleh ZAWAF UiTM.
Semoga Allah tautkan hati-hati kita dengan semangat mahabbah, persaudaraan dan kebersamaan antara warga UiTM dan masyarakat sekitarnya, amin.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Type
Maly, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1XdQZF8HAe/
Collection
Citation
“Program Sentuhan Kasih Ramadan UiTM bersama Kariah Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 17, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1122.