Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Bantuan Hari Raya di Masjid UiTM

Title

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Bantuan Hari Raya di Masjid UiTM

Description

Pagi tadi, saya menghadiri Majlis Khatam Al-Quran, Program Quran Hour dan Penyampaian Bantuan Hari Raya (Bakul Syawal), Alhamdulillah, di Masjid UiTM.

Tahun ini menyaksikan penyertaan peserta tertinggi, iaitu seramai 886 orang staf dari 35 bahagian/jabatan yang telah mengambil bahagian. Maka, hari ini secara rasminya kita semua telah berjaya menamatkan pembacaan 30 juzuk Al-Quran, Alhamdulillah.

Pada hari ini juga, pihak Masjid UiTM turut meraikan lebih kurang 300 orang kakitangan UiTM yang menerima sumbangan bantuan hari raya berbentuk barangan keperluan harian.

Peruntukan sumbangan ini adalah daripada hasil sumbangan warga UiTM melalui Tabung Amanah Pusat Islam UiTM.

Pihak Pewani Universiti Teknologi Mara juga turut menyumbang kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim untuk meringankan sambutan hari raya kali ini.

Saya sempat mengingatkan diri saya yang faqir ini serta hadirin yang hadir bahawa kita belum mencapai maqam hakikat kebajikan dan kebaktian sehingga kita mendermakan dari apa yang kita sayangi.

‎لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran 92)

Semoga budaya membaca Al-Quran dan menginfak harta yang tersayang menjadi budaya di kalangan warga UiTM, InsyaAllah, amin .

Sama-sama kita tingkatkan amal untuk memburu malam Lailatul Qadar dalam Ramadan yang berbaki ini.

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” 

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1LH7ZeaeJq/

Files

Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (1).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (2).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (3).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (4).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (5).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (6).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (7).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (8).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (9).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (10).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (11).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (12).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (13).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (14).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (15).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (16).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (17).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (18).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (19).jpg
Majlis Khatam Al Quran Di Masjid UiTM (20).jpg

Collection

Citation

“Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Bantuan Hari Raya di Masjid UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 15, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1124.

Output Formats