Perkongsian Hantaran : Borang Tinjauan untuk Pelajar UiTM yang Terjejas Akibat Insiden Kebakaran di Putra Heights

Title

Perkongsian Hantaran : Borang Tinjauan untuk Pelajar UiTM yang Terjejas Akibat Insiden Kebakaran di Putra Heights

Description



Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,

Salam UiTM Di Hatiku.

BORANG TINJAUAN PELAJAR UiTM YANG TERJEJAS AKIBAT INSIDEN KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS

Merujuk perkara di atas, pihak UiTM sedang mengumpulkan maklumat mengenai mahasiswa yang terkesan akibat insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini. Tujuan borang ini adalah untuk mengenal pasti keadaan semasa anda serta menilai bentuk bantuan yang diperlukan.

Berikut merupakan pautan Google Form yang perlu diisi oleh mahasiswa yang terlibat:
https://forms.gle/ynWtYXvRWAvavjUr9

Segala maklumat adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan pengumpulan data bagi membantu mahasiswa yang memerlukan.

Pihak HEP dan MPP amat memahami kesukaran yang sedang dihadapi dan berharap agar anda semua terus tabah serta bersabar dalam menghadapi ujian ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar
Tel: 03-5544 3545 / 3542

MPP FAIRUZ: https://wa.me/601158671810
MPP UMI: https://wa.me/60179806548

Sekian, terima kasih.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & KERJASAMA MPP 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Dhkmot2Kb/

Files

488206017_1259052935797350_8389528355224954338_n.jpg

Collection

Citation

“Perkongsian Hantaran : Borang Tinjauan untuk Pelajar UiTM yang Terjejas Akibat Insiden Kebakaran di Putra Heights,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 14, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1148.

Output Formats