UiTM & Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) Hulur Khidmat Perubatan Kecemasan Kepada Mangsa Letupan Gas Di Putra Heights

Title

UiTM & Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) Hulur Khidmat Perubatan Kecemasan Kepada Mangsa Letupan Gas Di Putra Heights

Description



Alhamdulillah, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM telah membantu mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights dengan menyediakan perkhidmatan rawatan luka kebakaran dan rawatan sokongan perubatan.

Pasukan pertama dari HASA terdiri daripada dua pakar pembedahan plastik, dua pakar perubatan kecemasan, empat jururawat dan seorang pembantu pegawai perubatan. Pasukan ini telah memberi perkhidmatan rawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights. Kebanyakan pesakit yang dirawat adalah terdiri daripada mangsa yang mengalami luka kelecuran.

Pasukan perubatan UiTM adalah sebahagian daripada Konsortium Hospital Universiti Awam (KHUAM) bersama team perubatan UM, UPM, UKM dan UPNM, yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi rawatan kepada mangsa letupan. Sepakat membawa berkat. Stronger together.

Pasukan perubatan HASA juga akan membantu rakan KKM/KHUAM untuk menyediakan perkhidmatan perubatan bersedia (stand-by) dan ambulans di PPS Masjid Putra Heights.

Terima kasih kepada Datuk Ketua Setiausaha dan Datuk Profesor Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi kerana menziarahi mangsa yang sebahagiannya adalah mahasiswa UiTM dan petugas-petugas di lapangan.

Kementerian Pendidikan Tinggi cakna. Anak-anak terlibat telah diberikan bantuan dan diberi kelonggaran kehadiran fizikal untuk semester yang sedang berjalan.

Sukarelawan UiTM bersama Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia turut bersiap siaga dan bersedia memberi bantuan.

Semoga Allah mudahkan semua urusan dan memberikan kesembuhan, kesabaran dan ketenangan kepada semua yang terlibat. Amin.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#EidMubarak
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/15ryB81drZ/

Files

Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (1).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (2).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (3).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (4).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (5).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (7).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (8).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (9).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (10).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (11).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (12).jpg
Team HASA KHUAM Bantu Mangsa Letupan Gas (6).jpg

Collection

Citation

“UiTM & Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) Hulur Khidmat Perubatan Kecemasan Kepada Mangsa Letupan Gas Di Putra Heights,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 15, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1149.

Output Formats