Sambutan Hari Autisme 2025: Memahami, Menerima, Menghargai

Title

Sambutan Hari Autisme 2025: Memahami, Menerima, Menghargai

Description


Sambutan Hari Autisme 2025

Setiap individu autistik mempunyai keunikan tersendiri. Tanggal 2 April yang disambut setiap tahun bukan sekadar untuk meningkatkan kesedaran, tetapi juga untuk mengukuhkan penerimaan dan sokongan terhadap insan-insan istimewa ini.

Dunia menjadi lebih indah apabila kita meraikan kepelbagaian cara berfikir, merasai dan memahami. Marilah kita bersama-sama membina sebuah masyarakat yang menghargai setiap perbezaan sebagai satu kekuatan.

Individu autistik mempunyai kelainan dalam kelebihan upaya. Kita harus kenal pasti kelebihan tersebut demi manfaat bersama. Bagi ibu bapa, penting untuk mengenal pasti potensi anak-anak sejak kecil dengan menyelami dunia mereka, bukan memaksa mereka memahami dunia kita dari sudut pandang kita.

UiTM menerima anak-anak kelainan upaya ke dalam sistem pendidikan tinggi. Sama-sama kita asuh, serlah dan asah bakat anak-anak ini.

Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM

سلامت هاري راي عيدالفطري

معاف ظاهر دان باطن

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Source

Official Facebook Page : Hospital Al-Sultan Abdullah

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/16Yqmk1zwm/

Files

Hari autism 2025.jpg

Collection

Citation

“Sambutan Hari Autisme 2025: Memahami, Menerima, Menghargai,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 15, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1145.

Output Formats