Perkongsian Hantaran : KPT Salurkan Bantuan dan Sokongan Kepada Mangsa Insiden Putra Heights
Title
Description

2 April 2025 – SIARAN MEDIA
INSIDEN DI PUTRA HEIGHTS: KPT SALUR SUMBANGAN, KHIDMAT PSIKOSOSIAL, PERUBATAN DAN SUKARELAWAN KEPADA MANGSA
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan enam (6) bentuk insentif kepada mangsa insiden di Putra Heights, khususnya melibatkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang terkesan. Insentif tersebut adalah seperti berikut:
-
Sumbangan Kewangan
Yayasan Perkasa Siswa (YPS) menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 kepada setiap empat (4) orang pelajar IPT yang terjejas. Bantuan tambahan akan dinilai dan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -
Kelonggaran Pendaftaran Semester Baharu
Pelajar yang terkesan diberikan kelonggaran untuk lewat mendaftar bagi semester baharu yang dijangka bermula pada 7 April 2025. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada IPT masing-masing. -
Agihan Keperluan Asas
Barangan seperti makanan, pakaian, kit kebersihan diri, dan keperluan asas lain diagihkan kepada semua mangsa di Pusat Pemindahan Sementara. -
Sesi Kaunseling dan Sokongan Psikologi
Sesi bimbingan psikososial disediakan kepada mangsa, khususnya yang mengalami trauma, kebimbangan, atau tekanan akibat insiden ini. -
Perkhidmatan Klinik Bergerak
Melalui Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM), perkhidmatan klinik bergerak digerakkan bagi memberikan rawatan kecemasan, pemeriksaan kesihatan, dan sokongan perubatan segera kepada komuniti terjejas. -
Penggerakan Sukarelawan
KPT turut menyelaras pasukan sukarelawan dengan kerjasama pihak berkuasa bagi memastikan proses pemulihan pasca insiden dapat dilaksanakan secara teratur dan efisien.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan rasmi:
https://www.mohe.gov.my/.../siaran-media-insiden-di-putra...
Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud