Makluman Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025

Title

Makluman Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025

Description

BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2025

Pengurusan Universiti mengambil maklum keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2025 sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah atau setara, dan pegawai/kakitangan lantikan kontrak.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Secara Edaran bertarikh 25 Mac 2025 telah meluluskan dan bersetuju bahawa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2025 ini akan dibayar pada 27 Mac 2025 bersamaan hari Khamis.

Urusan pembayaran tertakluk kepada prosedur bank pembayar.
Kaedah pelaksanaan dan kelayakan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 adalah seperti yang ditetapkan dalam Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ruj: JPA.800-3/2/4(52) bertarikh 21 Mac 2025 berkaitan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2025.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2025 juga dipanjangkan kepada staf lantikan kontrak Akaun Amanah Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM dan lantikan MySTEP mengikut syarat yang telah ditetapkan, dan ia tertakluk kepada kelulusan dan kemampuan kewangan Tabung Amanah PTJ tersebut.

Sekian, terima kasih. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

اوسها، تقوى، موليا

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

NC UiTM

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1XZGoLG8ZS/

Collection

Citation

“Makluman Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 15, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1125.

Output Formats