Aktiviti Menjelang Sambutan Hari Raya Eidul Fitri

Title

Aktiviti Menjelang Sambutan Hari Raya Eidul Fitri

Description

Bahang Eidul Fitri semakin terasa, tugas dan amanah harus terus disempurnakan, namun disulam dengan beramah mesra sesama warga merapatkan ukhwah.

Pagi hari ini, setelah membincang penstrukturan semula Kolej, kami berbincang pula mengenai Pelaksanaan Projek Santunan Mandani seperti yang disyaratkan. Kampung Sepinang, Segamat telah terpilih.

InsyaAllah, selepas Eidul Fitri, UiTM Cawangan Johor akan memulakan aktiviti yang bakal memberi manfaat kepada penduduk kampung dan kawasan sekitar.

Selesai perbincangan, sempat menyantuni warga Pejabat VC dan Canselori.

Kami menambah sedikit Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang juga telah diterima hari ini.

Semoga duit raya yang tak seberapa ini dapat menambah ceria hari raya, InsyaAllah. 

Sebelah petang pula, sempat melawat bilik fail di JKSM Pejabat Pendaftar yang memerlukan dana untuk menambah kapasiti penyimpanan fail staf UiTM yang kini hampir mencecah 200 ribu.

Selesai mesyuarat Panel Hakim Anugerah Pentadbir UiTM Tahun 2025, sempat juga menyantuni staf Pejabat Pendaftar, Alhamdulillah. Sempat memesan untuk berhati-hati dalam perjalanan di musim Raya ini.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Files

Menjelang Hari Aidilfitri (1).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (2).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (3).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (4).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (5).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (6).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (7).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (8).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (9).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (10).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (11).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (12).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (13).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (14).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (15).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (16).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (17).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (18).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (19).jpg
Menjelang Hari Aidilfitri (20).jpg

Collection

Citation

“Aktiviti Menjelang Sambutan Hari Raya Eidul Fitri,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 15, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1126.

Output Formats