Majlis Penyerahan Geran Di Bawah Program IPR

Title

Majlis Penyerahan Geran Di Bawah Program IPR

Description

Majlis Penyerahan Geran Di Bawah Program IPR oleh YB Mohd Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Hadir sama mewakili UiTM, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, YBhg. Prof. Dr. Hj Mohd Sazili Shahibi, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, serta barisan Pengurusan UiTM yang lain.
Geran berjumlah RM 6,961,500.00 telah diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM bagi menjalankan dua (2) projek iaitu Pelaksanaan Pemetaan & Pemantauan Program IPR dan Pelaksanaan Kursus Literasi Kewangan Peserta IPR yang akan dikendalikan oleh UiTM Cawangan Selangor.
Sesi Towhhall YB Menteri Ekonomi dengan Kepimpinan Mahasiswa UiTM Cawangan Selangor juga telah berlangsung membincangkan hal ehwal ekonomi negara semasa.
Terima Kasih YB atas sokongan dan kesudian hadir ke UiTM Selangor.
Usaha Taqwa Mulia
#vcuitm7
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/385143250705143

Files

Collection

Tags

Citation

“Majlis Penyerahan Geran Di Bawah Program IPR,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/563.

Output Formats