Menjunjung Kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, selaku Pro-Canselor UiTM

Title

Menjunjung Kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, selaku Pro-Canselor UiTM

Description

Assalamulaikum & Salam Malaysia Madani,
Menjunjung Kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, selaku Pro-Canselor UiTM. Mengadap sembah perkembangan dan halatuju UiTM serta sembah maklum acara Konvokesyen yang bakal berlangsung.
اسه كاڤق تاجم بلياوڠ
ڤوهونڽ جاتي داهن دتوتوه
توانكو أومڤام ڤونچقڽ ڤايوڠ
تمڤت كامي تومڤڠ برتدوه
Selepas itu menerima kunjung hormat sahabat saya, Rektor Universitas AMIKOM Yogyakarta, Prof. Dr. M. Suyanto. Beliau memberi ucaptama di persidangan di Kolej Pengajian Seni Kreatif.
Ternyata Pak Rektor terkait dengan Kraton Jogjag, maka leluhur sepuh kami menyambung, Alhamdulillah.
Alhamdulillah kita bersetuju meneruskan agenda seni Nusantara, memberi makna & nilai pada seni budaya. Berbincang mengambil ibrah bagaimana Kanjeng Sunan Kalijaga menggunakan Wayang Kulit dan seni untuk menyebarkan Islam. Kita juga bersetuju untuk menghasilkan kamus teknikal bersama untuk istilah seni dan perfileman, InsyaAllah. Menghidupakn seni sebahagian Jati Diri Melayu Islam.
Usaha Taqwa Mulia

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/355064897046312

Files

Collection

Tags

Citation

“Menjunjung Kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, selaku Pro-Canselor UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 15, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/517.

Output Formats