Tahniah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke - 7

Title

Tahniah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke - 7

Description

Tahniah diucapkan kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman selaku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang baharu.

Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin berpengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi pernah menjawat jawatan-jawatan penting sebelum ini. Antaranya ialah Naib Canselor UTeM (2014-2019) dan Ahli Lembaga Pengarah di Governing Board of Islamic University of Technology (IUT), Bangladesh.

Manakala Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan, seorang pakar biomekanik merupakan mantan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) serta penerima Anugerah Akademik Negara (AAN) kali ke-14 (Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk). Sewaktu berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, beliau telah menjulang fakulti tersebut menjadi antara sepuluh terbaik di dunia.

Berbekalkan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh ini, diharap agar mereka dapat memberikan perkhidmatan cemerlang dalam memacu UA masing-masing ke tahap yang lebih unggul, insya-Allah.
2 NOVEMBER 2023


Creator

Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin

Source

https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/posts/877597023734963

Language

Malay

Identifier

https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/posts/877597023734963

Local URL

https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/posts/877597023734963

Files

398117070_877597080401624_1898049848736420524_n.jpg

Collection

Tags

Citation

Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin, “Tahniah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke - 7,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 5, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/506.

Output Formats

Geolocation