Perkasa matlamat asal penubuhan UiTM

Title

Perkasa matlamat asal penubuhan UiTM

Description

SHAH ALAM: Matlamat asal penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah universiti khusus untuk kaum Melayu dan Bumiputera akan diperkasakan dengan penyesuaian pengantaran ilmu yang menepati keperluan semasa.

Ini kerana, universiti terbesar dengan 34 kampus itu perlu memainkan peranan asal penubuhannya dengan menjadikan ilmu sebagai satu-satunya keperluan untuk meningkatkan kualiti hidup serta mengubah nasib indivdu dan keluarga.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Shahrin Shahib @ Shahibudin berkata, pelantikan beliau sebagai peneraju baharun universiti itu tidak semestinya perlu membawa dasar-dasar baharu, namun harus memastikan matlamat dan hala tuju yang jelas.

“Untuk berdepan dengan cabaran kita perlu menggunakan (kaedah) Islam membuat collective wisdom. Bermakna, dikemas secara majmuk. Itu bukan satu konsep yang asing bagi kita kerana orang Melayu memang konsepnya bermusyawarah (bersama-sama).

“Apa DNA UiTM? Semua orang faham tak ‘usaha takwa mulia’. Maka itu dasarnya, jika itu dihati difahami maknanya maka penghayatan itu insya-Allah akan membawa kepada perubahan yang besar kerana kita mempunyai 14 negeri Dengan 34 kampus di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke pejabatnya di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin untuk memulakan tugasnya pada hari pertama selepas menerima surat pelantikan sebagai Naib Canselor ketujuh UiTM, semalam.

Pelantikan Shahrin, 55, berkuatkuasa sehingga 1 November 2026 menggantikan Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor yang bersara wajib mulai 12 Oktober lalu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose menjelaskan pihaknya menyambut baik pelantikan Shahrin sebagai Naib Canselor baharu yang merupakan seorang ahli akademik.

“Shahrin berada dalam sistem pendidikan Malaysia yang sama dan kita merancang di peringkat pusat (Kementerian Pendidikan Tinggi) mereka menyediakan talent pool yang boleh diletakkan di mana-mana dalam industri tempatan ini

“Seseorang dari industri pun boleh jadi Naib Canselor di UiTM. Yang saya hendak tekankan adalah soal kerjasama pasukan antara Timbalan-Timbalan Naib Canselor yang ada, pegawai-pegawai utama supaya kita tentukan UiTM bergerak lebih maju terutama mengenangkan amanah yang kita pikul itu sangat besar dan menjadi harapan rakyat,” jelasnya. – UTUSAN

Creator

Mohamad Athir Bin Ismail

Source

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/perkasa-matlamat-asal-penubuhan-uitm-shahrin/

Publisher

Utusan Malaysia

Contributor

Utusan Malaysia

Language

Malay

Identifier

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/perkasa-matlamat-asal-penubuhan-uitm-shahrin/

Files

138b8941-0028-42ff-b88d-68153b6836ed.jpg

Collection

Tags

Citation

Mohamad Athir Bin Ismail, “Perkasa matlamat asal penubuhan UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 22, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/508.

Output Formats

Geolocation