Kita bukan jaguh kampung, kita jaguh dunia – NC UiTM

Title

Kita bukan jaguh kampung, kita jaguh dunia – NC UiTM

Description

SHAH ALAM – Sistem ranking bukan menjadi matlamat bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebaliknya lebih mementingkan semangat kewujudan institusi tersebut dalam melahirkan golongan profesional dalam kalangan Melayu dan Bumiputera.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, asas dalam sosioekonomi perlu diselesaikan supaya masyarakat Melayu tidak menjadi masalah kepada masyarakat lain dan tidak bergantung kepada bantuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, beliau mahu UiTM bukan sahaja dikenali di peringkat dunia, namun perkara penting adalah memberikan manfaat kepada kepada masyarakat sekeliling dengan kewujudan 34 kampus di seluruh negara.

“Itu yang menjadi hasrat saya. Memang saya seru semua warga UiTM untuk sama-sama kembalikan jatidiri (penubuhan UiTM) di samping mengerakkan langkah peringkat global.

“Kalau tanya saya, top 100 (terbaik universiti di dunia) tidak cukup, (kena) top 50 tetapi bukan matlamat hanya wasilah. Ranking itu hanya kayu ukur dan ini bukan riak tetapi tanda hebat sebab kita tahu di mana kita berdiri sekarang.

“Kita hendak bersaing dengan global. Kita bukan jaguh kampung, kita jaguh dunia, InsyaAllah,” katanya pada sidang akhbar selepas istiadat konvokesyen UiTM ke-98, di sini hari ini.

XXXXXXXXXXXXXXXX" height="0" style="position: absolute; width: 0px; height: 0px; left: 0px; right: 0px; z-index: -1; border: 0px;" id="google_ads_iframe_/1009103/Kosmo_ROS_InArticle_Midrec_1" srcdoc="<body></body>">

Sebelum ini, media melaporkan bahawa universiti tidak boleh terlalu taksub mengejar Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings atau penarafan universiti antarabangsa kerana pendekatan itu sudah tidak relevan ekoran timbul percanggahan dan ketidaktelusan terhadap penanda aras digunakan.

Kata Shahrin, keterlihatan dalam penarafan kedudukan universiti membuka ruang membolehkan membuka ruang menjemput bakat daripada luar bekerjasama dengan UiTM selain universiti lain yang menjadikan ranking sebagai instrumen sebagai kayu pengukur.

Namun, tegas beliau, tidak semua universiti menggunakan konsep ranking itu termasuk di Jepun dan Jerman.

“Tidak salah masuk ranking, alhamdulillah sangat syukur, saya pegang tampuk ini dengan UiTM telah berada dalam 100 terbaik universiti dunia. Satu pencapaian bukan senang.

“Namun, jangan terperdaya dengan mainan dalam ranking sehingga menghilangkan matlamat asal UiTM itu, Moto kita adalah usaha dan keduanya syarat utama adalah takwa dengan mempunyai ilmu dan iman,” katanya. -KOSMO!IONLINE

Creator

Mohd Yunus Yakkub

Date

Rights

https://www.kosmo.com.my

Language

Malay

Files

UITM-NC-UiTM.jpeg

Collection

Tags

Citation

Mohd Yunus Yakkub, “Kita bukan jaguh kampung, kita jaguh dunia – NC UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/518.

Output Formats

Geolocation