Jumaat Terakhir Ramadan dan Pelancaran Produk Baharu Dr. Azri
Title
Description
Jumaat terakhir Ramadan 1446H, menerima kunjungan Dr. Azri, penyelidik dan usahawan minyak wangi kita, yang membawa sampel 3 produk baharu dan diberi penghormatan untuk mencadangkan nama produk baharu.
Dr. Azri nak guna nama asal, jadi kita cadang istilah-istilah Melayu lama, dua produk untuk lelaki dan satu produk perempuan. Macam-macam nama yang keluar, menjadi sukar kerana istilah memberi makna yang berbeza pada generasi yang berbeza. Jalak, anggun, kirana, arjuna, purnama, pikat, ratna, dan banyak lagi yang kami bahas.
Nantikan pelancaran produk baharu ini dengan nama yang unik, yang pasti semuanya wangian hebat.
Tak pasal-pasal juga kena jadi duta produk dan dipaksa buat TikTok.
Dr. Azri’s Perfume
Selesai, kami ke Masjid UiTM untuk Solat Jumaat,
Alhamdulillah sempat menunaikan zakat fitrah. Kami ni memang jenis lambat bayar kerana guru kami ajar, lagi lewat, lagi afdal.
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
Yang pertama adalah harus, iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
Waktu wajib pula ialah pada malam satu Syawal dan afdal pula membayar pada pagi hari raya, iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri, hukumnya adalah makruh, sementara melewatkan pembayaran sehingga luput satu Syawal, hukumnya adalah haram.
Allahu A'lam…
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️