Syukur Atas Segala Nikmat: Renungan di Pagi Ramadan"

Title

Syukur Atas Segala Nikmat: Renungan di Pagi Ramadan"

Description



Pagi 28 Ramadan, meneruskan riadah mingguan, Alhamdulillah.

Pagi ini, walaupun tiada hujan, direzkikan juga Sang Pelangi menjenguk menyapa cerah… Subhanallah, Maha Suci Allah!

Ternyata terlampau banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita, dari sebesar-besar nikmat Islam kepada sekecil nikmat di setiap helaan nafas yang kenikmatannya sangat dirasai ketika anda beriadah… dan satu masa nanti hembusan nafas itu akan berakhir…

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahman 13)
Moga kita tergolong dalam orang yang bersyukur kerana Allah SWT menyatakan fitrahnya hanya sedikit dari kita yang bersyukur…

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
Kemudian, Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaan-Nya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (As-Sajadah 9)

Yang pastinya, jika kita bersyukur, pasti Allah SWT akan tambah nikmat kita dan sebaliknya, jika kita ingkar kufur… azab yang menanti, na’uzubillah.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Ibrahim 7)

Maka atas segala nikmat itu, zahirkan atau siarkan tanda kita bersyukur kepada Allah SWT, tetapi bukan pula menunjuk-nunjuk menjadi riak…

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya. (Ad-Duha 11)

Di musim perayaan ini, banyaklah kita ucapkan Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

Jika tersasar lintasan hati ingin menunjuk atas nikmat yang ada, cepat-cepatlah kita beristighfar memohon ampun kepada Allah, disusul dengan Alhamdulillah atas nikmat itu…

Pakailah tudung yang cantik, gelang baru beli tu, kereta yang baru pakai tu… apa saja, pakailah cantik-cantik untuk Allah SWT kerana Allah SWT sukakan yang cantik!

Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
“Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan.” (Riwayat Muslim: Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Tahrim al-Kibr wa Bayanihi)

Syukur kita atas segala nikmat, termasuk amannya dan makmurnya tanah air tercinta, kerana ada insan yang tiada segala dan negara mereka diruntun malang diuji Allah...

Maha Suci Tuhan, yang Maha Pemurah! 
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/12GdGshfSmG/

Files

Pagi 28 Ramadhan (1).jpg
Pagi 28 Ramadhan (2).jpg

Collection

Citation

“Syukur Atas Segala Nikmat: Renungan di Pagi Ramadan",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 14, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1129.

Output Formats