Majlis Ramah Mesra Hari Raya di Istana Negara dan Kembara Pulang Ke Kampung

Title

Majlis Ramah Mesra Hari Raya di Istana Negara dan Kembara Pulang Ke Kampung

Description


Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas undangan bersama isteri ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidil Fitri 1436H di Istana Negara. Alhamdulillah dapat merapatkan ukhwah sesama jemputan VVIP, TYT Duta-Duta dan Pegawai-Pegawai Utama kerajaan. Sebelum itu menunaikan Solat Sunat Hari Raya di Surau Istana Negara, Alhamdulillah. Selesai majlis dan setelah bersalaman dengan DYMM Tuanku, bersama isteri terus bergegas ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur, tahun ni kita balik Kampung naik ketapi! ETS kini sampai ke Segamat.

Tapi kita masih Old School, tak reti nak naik dari KL Central. Terakhir naik ketapi zaman jadi pelajar ITM tahun 80’an betapa waktu telah berubah & syukur atas kemajuan Negara atas Rahmat Allah swt jua, semoga Malaysia terus aman, politiknya stabil, dilindung dari malapetaka, dibuka pintu keberkatan, amin.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (Al A’raf 96) Prasyarat mendapat limpah Rahmat Barakah Allah swt hanyalah Beriman dan Bertakwa..
Itulah matlamat Puasa, semoga Allah Berkati Tanah Airku dan Warganya, amin.

سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهر دان باطن

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#EidMubarak
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BeBg6mCSF/

Files

Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (1).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (2).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (3).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (4).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (5).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (6).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (7).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (8).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (9).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (10).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (11).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (12).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (13).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (14).jpg
Majlis Hari raya Dan Pulang Ke Kampung halaman (15).jpg

Collection

Citation

“Majlis Ramah Mesra Hari Raya di Istana Negara dan Kembara Pulang Ke Kampung,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 13, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1140.

Output Formats