Sembah Takzim UiTM: Mohon Perkenan DYMM Tuanku ke Majlis Pecah Tanah Masjid Kampus Bukit Besi
Title
Description
Alhamdulillah, hari ini diperkenan untuk menyembah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Al-Wathiqu Billah Shah, Sultan Terengganu, bersama pengurusan UiTM Cawangan Terengganu, Rektor, Penolong Rektor Kampus Kuala Terengganu, dan Penolong Rektor Kampus Bukit Besi.
Sembah maklum telah dipersembahkan ke hadapan DYMM Tuanku berkenaan perkembangan UiTM serta usaha untuk terus memenuhi fungsinya yang termaktub dalam Akta 173 selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Patik-patik juga menyembah maklum tentang pengisian Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dan hal-hal khusus berkaitan UiTM Cawangan Terengganu.
Kami turut memohon limpah perkenan Tuanku agar sudi mencemar duli berangkat ke Majlis Pecah Tanah Masjid baharu di Kampus Bukit Besi, serta memohon perkenan Tuanku untuk menamakan masjid tersebut yang bakal menjadi Masjid Mukim.
Menjunjung kasih DYMM Tuanku atas perkenan menerima menghadap patik-patik dari UiTM. Daulat Tuanku.
Globally renowned, locally rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #GRU2025 #EidMubarak
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku