UiTM Terengganu: Langkah Pembaikan Infrastruktur untuk Mahasiswa

Title

UiTM Terengganu: Langkah Pembaikan Infrastruktur untuk Mahasiswa

Description



Selesai majlis mengadap DYMM Tuanku Sultan Terengganu, sempat singgah di Kampus Kuala Terengganu yang terletak di kaki bukit Istana Syarqiyyah, meninjau kemudahan Kolej asrama, khususnya perkhidmatan Wi-Fi yang sudah dinaik taraf. Alhamdulillah, maklum balas yang positif daripada mahasiswa, berdasarkan semakan kelajuan di laptop dan telefon bimbit yang menunjukkan kelajuan antara 150-300 Mbps.

Selanjutnya, meneruskan perjalanan ke Kampus Dungun, meninjau projek yang telah selesai, kemudahan tangki air tambahan, dan sistem pendingin hawa untuk perpustakaan. Alhamdulillah, isu bekalan air untuk Kampus Dungun juga semakin pulih.

Yang utama adalah untuk meninjau Kolej kediaman yang baru-baru ini viral kerana dikatakan tidak disenggara dengan baik. Pengurusan UiTM Cawangan Terengganu sudahpun membuat tindakan sejak tahun 2024 untuk memperbaiki infrastruktur kampus.

Alhamdulillah, terima kasih kepada KPT dan MOF. Peruntukan lebih dari 10 juta Ringgit telah pun disalurkan kepada Kampus Dungun untuk memperbaiki Kolej berkaitan dan bangunan-bangunan kuliah. Manakala, 1 juta Ringgit lagi untuk memperbaiki peralatan kemudahan dapur Hotel UiTM yang tidak pernah diganti sejak penubuhannya.

Tahniah kepada UiTM Cawangan Terengganu yang kini genap 50 tahun usianya! InsyaAllah, semoga semua kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan segera secara berperingkat mengikut blok kediaman, bagi membolehkan mahasiswa terus berada dalam kampus dan meminimakan bilangan pelajar yang perlu duduk di luar kampus. Pengurusan UiTM dan KPT komited untuk memastikan prasarana kemudahan pendidikan tinggi ini disenggara dengan baik.

Sempat juga beramah mesra bersama YDP dan MPP UiTM Cawangan Terengganu, memberi cadangan kepada mahasiswa untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan kampus. Sempat juga meninjau kemudahan Hotel UiTM dan bertemu pelajar dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Sebelum bertolak balik, sempat singgah di Pantai Dungun. Cuaca molek dan cerah, orang Ganu kata "Picture Perfect"  dan seperti biasa, singgah kami pekena ICT, syarat sah sampai di KT.  Alhamdulillah.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

Universiti Teknologi MARA - Terengganu

#vcuitm7
#GRU2025
#EidMubarak
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AhEBVTRZx/

Files

Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (1).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (2).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (3).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (4).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (5).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (6).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (7).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (8).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (9).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (10).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (11).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (12).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (13).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (14).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (15).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (16).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (17).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (18).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (19).jpg
Penambahbaikan Infrastruktur Di UiTM Terengganu (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM Terengganu: Langkah Pembaikan Infrastruktur untuk Mahasiswa,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 10, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1170.

Output Formats