Program Pagi Subuh seperti Jumaat bersama Datuk VC : Bagaimana Mengekalkan Momentum Belajar?
Title
Description
Alhamdulillah, pagi tadi bersama-sama anak-anak di UiTM Rembau, antara perkongsian amalan adalah tentang Zikir Fatimah RA yang kami tersilap sebut Aisyah RA. Amalan ini disarankan apabila kita kepenatan dan letih.
Kisah ini berkisar tentang Saidatina Fatimah yang mengadu penat dan mahukan pembantu rumah, yang disampaikan melalui Saidatina Aisyah RA kepada Nabi SAW. Kemudian, Baginda SAW ke rumah Fatimah RA yang sedang berehat bersama Saidina Ali KarammAllahuwajhah. Baginda bersabda:
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta?
**Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali, dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali.
Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
UiTM Negeri Sembilan - FB Rasmi
UiTM Kampus Rembau - FB Rasmi
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#EidMubarak
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️