Program Subuh Seperti Jumaat Bersama Datuk VC di UiTM Kampus Rembau
Title
Description
Alhamdulillah pagi tadi memenuhi jemputan Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau Sesi 2024/2025 dengan kerjasama Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP), Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Ikatan Pelajar Mahasiswa Muslim (IPMM) yang menganjurkan Program Subuh Seperti Jumaat Bersama Datuk VC: Bagaima Untuk Mengekalkan Momentum Belajar?
Cuba untuk memenuhi objektif untuk memberi pelajar inspirasi dan motivasi dalam meningkatkan kecemerlangan akademik serta pembangunan sahsiah melalui kuliah Subuh juga untuk mengeratkan hubungan antara pelajar kolej Kampus Rembau dan kami sebagai VC, dengan memberi ruang untuk perbincangan yang membina dalam suasana yang penuh ukhuwah semasa kuliah Subuh. Sekali gus juga memperkemaskan lagi nilai sikap, etika dan profesionalisme para mahasiswa/i dengan segala protokol dan peraturan dalam aktiviti yang dijalankan.
Semoga anak-anak di Rembau beroleh manfaat dari perkongsian tadi dan mohon maaf atas mana yang terkurang dan tersilap.
Terima kasih anak-anak yang telah menyambut lewat malam tadi dan layanan terbaik, juga kepada Rektor UiTM Negeri Sembilan dan Penolong Rektor UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi atas jemputan.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#EidMubarak
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️