Jamuan Negara Sempena Lawatan Presiden Xi Jinping
Title
Jamuan Negara Sempena Lawatan Presiden Xi Jinping
Description

Alhamdulillah, pagi tadi kami menerima undangan menghadiri Jamuan Negara sempena lawatan Presiden Xi Jinping bersama delegasi, diraikan serta diberi penghormatan pada majlis dengan keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Santapan Utama, Istana Negara.
Hadir sama, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; dan Dato' Sri Fadzilah Yusof, Timbalan Perdana Menteri II, Menteri-Menteri Kabinet, Duta-Duta, Pegawai Utama Kerajaan, dan Kenamaan yang lain.
Menjunjung Kasih Tuanku.
Sempat juga memberi laporan lisan kepada DSD YBM dan Datuk KSU Kementerian Pendidikan Tinggi perihal perkembangan terkini UiTM dan mendapat pandangan balas dari YBM, terima kasih YB DSD Dr. Zambry Abd. Kadir.
Selain itu, juga merapatkan ukhwah bersama rakan-rakan pegawai kerajaan lain, khasnya sahabat kami DS NC Universiti Malaya.
Globally Renowned, Locally Rooted.
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/16FBe85hwE/
Collection
Citation
“Jamuan Negara Sempena Lawatan Presiden Xi Jinping,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 5, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1192.