Menyambut Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi dan Menyelami Aspirasi YBM KPT Bersama Warga UiTM Tapah
Title
Description
Pagi tadi setelah selesai urusan di Shah Alam, langsung bergegas ke UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah untuk menyambut YBM KPT DSD Dr Zambry Abd. Kadir untuk sessi Perjumpaan Khas YBM KPT dengan Pengurusan Kanan JHEP UiTM di Mesyuarat TREK, Dekan dan Timbalan Dekan HEP UiTM seluruh Malaysia. Sempat bersolat Jumaat bersama YBM KPT dan beramah mesra bersama Mahasiswa Kampus Tapah selepas solat Jumaat.
Memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran YBM ke UiTM dan memberi sedikit taklimat pendekatan HEP kepada pembangunan Mahasiswa UiTM, penekanan kepada jati diri dan perjuangan pendidikan untuk agama, bangsa dan tanah air.
Yang terlebih utama untuk mendengar harapan YBM terhadap gerak kerja HEP UiTM seluruh negara disamping YBM sudi menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa TREK HEP.
Terima kasih YBM atas kesudian ke Kampus Tapah dan meluang masa untuk perjumpaan khas.
Hadir sama Datuk Prof KPPT dan Pengarah HEP JPT Kementerian Pendidikan Tinggi.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku