Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Universiti Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2025

Title

Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Universiti Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2025

Description



Hari ini 28 April, menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Universiti Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2025 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) & The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah majoriti rakan-rakan NC turut hadir.

Kami menyusun semula struktur, tatakelola, dan pelaporan JKNCR untuk lebih berkesan, proaktif, dan anjal dalam mendepani cabaran semasa UA.

Pakai songkok punya pasal, dimohon membaca doa selamat pembukaan mesyuarat, semoga Allah SWT menyatukan hati-hati kami untuk terus berjuang dan memandu kami untuk membuat keputusan terbaik untuk pendidikan tinggi negara, amin.

Tahniah kepada Dato’ NC UPSI sebagai Pengerusi yang baharu dan Dato’ NC UPM sebagai Timbalan Pengerusi, semoga Allah permudahkan segala urusan, amin. Terima kasih kepada mantan Pengerusi, mantan NC UKM, dan sekretariat JKNCR UKM.

Terima kasih juga kepada Datuk Prof KPPT KPT yang telah hadir dalam talian, kami ambil maklum segala perkara yang dikongsi dan untuk tindakan kami bersama.

Jutaan terima kasih kepada tuan rumah Dato’ NC UMS dan semua yang terlibat menguruskan JKNCR kali ini, pelayanan dan sambutan terbaik baa!

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, English

Files

Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (1).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (2).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (3).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (4).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (5).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (6).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (7).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (8).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (9).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (14).jpg
Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor  Rektor Universiti Awam (15).jpg

Collection

Citation

“Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Universiti Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 6, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1235.

Output Formats