Menghadiri Majlis Penghargaan Muzakki (MUMTAZ) UiTM 2026

Title

Menghadiri Majlis Penghargaan Muzakki (MUMTAZ) UiTM 2026

Subject

Majlis Penghargaan Muzakki, MUMTAZ UiTM 2026, ZAWAF UiTM, Pembayar Zakat, Projek Infaq Tetap Asnaf, Kebajikan Asnaf, Zakat UiTM

Description



Alhamdulillah petang 6 Julai menyempurnakan Majlis Penghargaan Muzakki (MUMTAZ) UiTM 2026 bagi meraikan 40 muzakki individu dan korporat yang telah menyumbangkan zakat mereka pada 2025 melalui Zawaf. Terima Kasih kepada semua Muzakki!
Tahniah dan terima kasih juga kepada Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM yang telah berjaya menganjurkan Majlis yang telah berlangsung di Dewan Hotel UiTM, Shah Alam sebagai tanda terima kasih kepada para pembayar zakat yang sentiasa istiqamah menunaikan kewajipan zakat melalui UiTM.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang juga Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad sebagai muzakki UiTM, 14 Ketua Pegawai Eksekutif dan kepimpinan kanan syarikat korporat, pengurusan kanan UiTM, muzakki individu luar dan dalam serta rakan-rakan strategik ZAWAF daripada PTj UiTM.

Sokongan staf UiTM ini juga bertepatan dengan objektif Projek Infaq Tetap Asnaf (PINTAS) ZAWAF untuk meningkatkan potongan gaji bulanan dalam kalangan staf bagi zakat UiTM sehingga 90 peratus daripada jumlah staf di semua PTj.

Amanah yang disalurkan melalui zakat ini terus dimanfaatkan bagi membantu kebajikan serta meringankan beban lebih 15 ribu asnaf warga UiTM yang memerlukan.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal salih yang diterima Allah SWT, dilimpahi keberkatan rezeki dan ganjaran yang berlipat ganda, amin

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan Hantaran Media SosialMajlis Penghargaan Muzakki (MUMTAZ) UiTM 2026 bertempat Di Hotel UITM Shah Alam

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting Face, Institutional Programme, Appreciation Ceremony, Zakat Programme

Coverage

Dewan Hotel UiTM, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1CZ99t54as/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Majlis Penghargaan Muzakki (MUMTAZ) UiTM 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2252.

Output Formats