Program Kepimpinan Perpustakaan Siri 7 dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat UiTM

Title

Program Kepimpinan Perpustakaan Siri 7 dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat UiTM

Subject

Kepimpinan Perpustakaan, Hari Arkib Antarabangsa 2026, Arkib Universiti, Pengurusan Rekod, Pendigitalan Arkib, Warisan UiTM, Kecemerlangan Universiti

Description



Tengahari tadi menghadiri Program Kepimpinan Perpustakaan Siri 7 dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat UiTM berlangsung di Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam menghimpunkan warga universiti dalam satu wadah ilmu, inspirasi dan penghargaan terhadap khazanah warisan institusi.

Hari Arkib Antarabangsa yang disambut setiap 9 Jun mengiktiraf kepentingan arkib sebagai aset strategik dalam memelihara memori, identiti dan bukti yang menjadi asas tadbir urus serta kesinambungan sesebuah organisasi dan negara.

Sambutan ini disokong dengan penyertaan 14 lokasi arkib cawangan seluruh UiTM dengan 86 aktiviti yang telah dijalankan.

Alhamdulillah kami diundang juga untuk meyampaikan Ceramah Kepimpinan Perpustakaan Siri 7 dengan tajuk “High-Impact Leadership: Spearheading University Excellence Through Faith, Integrity, and Innovation – A Blueprint for the Future of Academic Leadership”.

Pengisian telah mengupas strategi kepimpinan berimpak tinggi dalam memperkukuh kecemerlangan universiti, membentuk budaya kerja berintegriti, memperkasa inovasi serta membina ekosistem akademik yang mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Turut juga menyampaikan Anugerah kepada pemenang sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat UiTM.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang !

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya pengurusan rekod yang sistematik, memperkasakan pendigitalan, memelihara dan memulihara khazanah memori institusi demi kelestarian warisan UiTM untuk generasi akan datang.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan Hantaran Akaun Media Sosial Program Kepimpinan Perpustakaan Siri 7 dan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat UiTM

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Programme, Leadership Programme, Award Ceremony

Coverage

Bahagian Arkib Universiti , UITM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1F96dtGrQE/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Program Kepimpinan Perpustakaan Siri 7 dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2251.

Output Formats