Pengalaman Hujung Minggu dalam Penggunaan LRT3

Title

Pengalaman Hujung Minggu dalam Penggunaan LRT3

Subject

LRT3, Pengangkutan Awam, Stesen UiTM Shah Alam, One Utama, Keselamatan Pengangkutan, Pengalaman Penumpang, Pengangkutan Awam Malaysia

Description

Cerita hujung minggu, orang nak ke OU kita pun sama, konon nak lunch di OU, naiklah dari Stesen UiTM Shah Alam, pastinya orang kita lah yang ramai, dari waktu naik, dalam coach, di eskalator, di surau, sampai ke toilet OU pun jumpa kakitangan dan pelajar UiTM, almaklum langkah dah panjang. Pastinya ramai, nak kata sesak, tak lah macam Jepun pulak, berpusu-pusu, ya, berasak-asak, tidak.

Mungkin sekadar pandangan Ishak Jahari dari seorang Jurutera Komputer, stesen akhir yang juga stesen penyambung ke MRT yang ada juga pusat membeli-belah yang besar di situ, saya syor keluasan platform dan concourse serta connecting bridge dan walkway perlu dilihat secara rapat, terutama waktu puncak dan jika berlaku kecemasan. Juga, rata-rata peringatan keselamatan di platform dalam Bahasa Inggeris, elok dibanyakkan dan ditambah dalam Bahasa Melayu. Oleh kerana LRT3 mula menggunakan QR kod, ramai yang menekap kod QR kepada pengimbas sepertinya NFC pada T&G, walhal perlu dijarakkan untuk membolehkan QR diimbas, ini menyebabkan kesesakan waktu puncak, still learning new experience I guess, alah bisa tegal biasa. AllahuA’lam, sekadar pengamatan seimbas pandang.

Nampak memang ramainya first timer untuk hujung minggu pertama dengan LRT3 percuma. Alhamdulillah, walaupun ramai, dari standard pengangkutan awam, perjalanannya tetap selesa dan cepat, tahniah Kerajaan dan Warga Malaysia, kita terus menapak menggunakan pengangkutan awam terbaik!

Dah namanya atuk dan nenek, cucu orang lain pun tumpang baring dan menyeser. Mesranya rakyat Malaysia, auntie duduk bertentangan siap bagi coklat kat “cucu”, katanya “sedekah”, bukan satu, satu packet dihadiahkan.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan dengan perkongsian pengalaman dalam pengunaan perkhidmatan LRT3 khususnya perjalanan dari Stesen UiTM Shah Alam ke kawasan One Utama

Format

Digital Text, JPEG/PNG Files

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Experience sharing

Coverage

UiTM Shah Alam; One Utama; LRT3

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19RpnScNr1/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Pengalaman Hujung Minggu dalam Penggunaan LRT3,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2250.

Output Formats